Tuesday, September 1, 2015

Bila "study hard' tetapi tidak 'study smart'

Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan UPSR, ramai pula murid-murid yang sakit. Setiap hari ada sahaja yang tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan.  Pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu.

Murid-murid mungkin tertekan dengan corak pembelajaran yang kurang sistematik. Datang ke sekolah dari pukul 7 pagi kemudian bersambung hingga pukul 6.00 berada di sekolah untuk melaksanakan kelas tambahan. Balik ke rumah, kebanyakan murid turut terlibat dengan kelas tambahan luar . Terdapat murid yang balik ke rumah dari sekolah pukul 6,00 petang, hanya mampu berehat sehingga jam 1 jam lebih sahaja kerana pada pukul 7.30 malam terpaksa bergegas ke kelas tambahan yang diatur oleh ibu bapa. Ada yang belajar di kelas tambahan malam ni sehingga jam 9.30 dan ada yang bersambung hingga jam 10.30 malam.

Hal ini tentu sekali memenatkan murid. Badan jadi penat, otak pun makin penat. Tak hairan lah jika dilihat kepada pola atau graf pencapaian murid semakin menurun. Ini menunjukkan walau pun byk yang dipelajari tetapi tubuh badan otak mereka penat. Hal ini seterusnya menekan emosi murid.

Selaku guru yang mengajar mereka, saya kerap menasihati mereka agar belajar secara bijak (study smart) dan jangan hanya belajar sehingga memenatkan (study hard). Bila saya ajurkan cadangan agar mereka dapatkan rehat dgn cukup, murid-murid ini mengadu bahawa ibu bapa meminta mereka untuk meneruskan kelas tambahan sehingga malam.  Ibu bapa tidak setuju dengan cadangan kami agar memberi ruang untuk anak-anak mereka merehatkan minda dengan mengurangkan jumlah jam untuk kelas tamabahan luar /malam.