Tuesday, August 18, 2015

1. Hari ni membuat perbincangan jawapan bagi kertas soalan pemahaman Ujian Percubaan UPSR. Terdapat banyak perbendaharaan kata dan kemahiran yang telah diperbincangkan sebelum ini  dalam kertas soalan ini. Walau bagaimana pun, ramai murid masih menjawab salah soalan-soalan tersebut. Sebelum ini, murid-murid telah pun diterangkan mengenai makna dan fungsi perkataan-perkataan dan penggunaan yang betul. 

2. Murid tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari sebelum ni walau pun soalan tersebut melihatkan perkataan atau kosa kata yang agak mudah.

3. Murid masih tidak mengikut cara guru ketika menjawab soalan . Mereka tidak mengambil berat tentang teknik menjawab. Ini menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika menjawab soalan.

No comments:

Post a Comment