Saturday, June 25, 2016

Jadual anjal

Hari ini Kelas Tahun Enam dipecahkan kepada 3 kelas. Kelas mula menggunakan jadual anjal. Bermakna setiap hari semua subjek utama perlu ada setiap hari dalam jadual. Jadual  saya pun bertambah menjadi 30 waktu.

Mengasingkan murid dengan mengecilkan jumlah bilangan murid dalam satu2 kelas merupakan tindakan yang  wajar untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka. Namun begitu, agak membebankan guru yang terpaksa kadang2 terpaksa mengajar 2 jam secara terus menerus.


Wednesday, June 22, 2016

Pagi tadi semasa sedang mengajar, seorang murid mengetuk pintu kelas. Jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. Bermakna sudah hampir 40 minit pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Murid ini masuk ke kelas. Memang sudah lewat sangat. Saya panggil dia dan bertanya mengapa dia selalu lewat? Apa yang diberitahu nya kepada saya, amat mengejutkan hati. Hati saya turut tersentuh. Sedih pun ada.

Menurut nya, dia datang lewat sebab ibu terpaksa mendodoikan adiknya yang masih kecil supaya lena. Setelah si kecil itu lena, ibunya  akan menguncikan pintu rumah . Anak yang kecil tadi tidor di dalam rumah seorang diri. Selepas itu, si ibu menghantar murid itu ke sekolah dengan menunggang  motosikal.

Saya tanya, tak ada or

Tuesday, June 14, 2016

Baru selesai bermesyuarat tentang peningkatan Tahun Enam. Mulai minggu depan, jadual anjal akan dilaksanakan dan murid-murid akan dipecahkan kepada  tiga kumpulan.

Pembahagian kelas dalam jumlah yang lebih kecil mengikut pencapaian murid memang bagus dan berkesan

Monday, June 13, 2016

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Semalam bagi latihan menjawab soalan kepada murid Tahun 6. Agak kecewa bila soalan-soalan yang mudah dan sepatut nya mereka mampu jawab tetapi masih salah. 

Antara faktor yang menyebabkan hal begini berlaku adalah :
1. tidak menggunakan teknik menjawab soalan yang betul.

 Kebanyakan murid masih tidak mengguna pakai teknik menjawab soalan dengan betul semasa menjawab soalan yang diberi. Kemahiran menjawab soalan telah diajar sejak mereka di Tahun Empat lagi dan diulang-ulang hingga ke Tahun Enam.

Kebanyakan murid mampu menggunakan teknik menjawab soalan ini semasa latihan biasa di dalam kelas . Akan tetapi tidak menggunakan nya semasa peperiksaan atau semasa ujian. Satu kerugian yang amat nyata pada saya. Kecewa sangat-sangat.

Walau pun kecewa dan agak marah dengan sikap murid-murid ini, tindakan untuk membetulkan nya harus diambil. Justeru, saya telah mengambil beberapa tindakan.

1. Membuat latihan mengenal pasti kata kunci dalam soalan.
2. Gariskan atau bulatkan kata kunci.
3. Bagi soalan kefahaman / petikan, saya minta murid membaca dahulu soalan.
4. Seterusnya gariskan atau bulatkan kata kunci atau perkara penting yang ditanya dalam soalan.
5. Kemudian, berdasarkan kata kunci atau perkara penting yang digarisi dan dibulatkan, cari kata kunci tersebut  dalam perenggan petikan.

Cara ini sebenarnya memberi beberapa kelebihan. Antaranya:
1. Murid dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu membaca keseluruhan petikan yang mungkin panjang.
2. Murid akan cepat dapat menangkap atau mengenal pasti sesuatu jawapan yang terdapat dalam soalan.
3. Banyak membantu khususnya murid-murid yang lemah untuk menjadi jawapan kerana kata kunci atau perkataan penting yang terdapat dalam soalan itu boleh dijadikan panduan mengesan jawapan.

Jadi, hari ini, selepas memberi nasihat dan peringatan kepada murid, sekali lagi saya minta murid memjawab soalan bersama-sama saya. 
Saya bimbing dari satu soalan ke satu soalan 

Saya berharap agar teknik  atau kemahiran ini diguna pakai oleh murid-murid dalam ujian dan peperiksaan yang seterusnya.